MUHAMMAD AR-RASHID BIN RAMLI
Assalamualaikum , website ini merupakan website yang dibina bertujuan untuk penialaian pensyarah bagi kursus citra fotografi .
about me
Gallery
(work)
information
accessory
contact
ABOUT ME
Assalamualaikum w.b.t, nama saya MUHAMMAD AR-RASHID BIN RAMLI. Saya merupakan anak ke - 4 daripada 5 orang adik beradik .Saya berasal dari Semenyih, Selangor dan telah mendapat pendidikan menengah di
SMK ENGKU HUSAIN. Setelah SPM saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Selangor selama 1 Tahun dan sekarang saya sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi di
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Extra information
Saya bercita-cita untuk mendapatkan Anugerah Ijazah Kelas Pertama supaya dapat menguatkan "resume" saya bagi membolehkan saya menjadi seorang penganalisis kewangan di salah satu bank terkemuka di Malaysia
WORK
Di bawah merupakan hasil tugasan saya yang diarahkan oleh Proff Jasmy mengikuti krateria-krateria seperti long shot, medium shot , close up, low angle dan high angle
medium shot
Low
Angle
Close
up
Long shot
High
Angle
INFORMASI
EXPOSURE
Exposure adalah banyaknya cahaya yang jatuh ke medium (film atau sensor gambar). Exposure triangle adalah gabungan tiga perkara di dalam kamera iaitu ISO, aperture dan shutter speed. Maka gambar yang terhasil akan menjadi foto yang cantik dan amaun cahaya yang masuk adalah tepat. tidak kurang dan tidak terlebih.
Aperture
Aperture adalah bukaan lensa kamera bagi menetapkan jumlah cahaya masuk ke dalam kamera. Aperture mempengaruhi ukuran pada lubang shutter itu kerana apabila menangkap gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap objek yang ingin ditangkap. Semakin besar lubang shutter, semakin banyak cahaya yang akan masuk ke dalam lensa
Shutter speed
Shutter speed merupakan tempoh masa shutter terbuka untuk memberi cahaya masuk dan mengenai sendor lensor. Nilai shutter dikira dalam sesaat dan selalunya lebih rendah dari satu saat. Pada kelajuan 2 saat akan membenarkan cahaya masuk yang banyak berbanding shutter pada kelajuan 1/125 sesaat. Semakin perlahan shutter speed, semakin banyak cahaya yang akan masuk
Depth of field
Depth of field ialah kawasan dari jarak dekat fokus lensa menjadi tajam dan terang sehingga ketajaman itu menjadi pudar. Ianya dipengaruhi oleh bukaan pandangan, jarak subjek dengan lensa, crop factor dan bukaan aperture.
Rule of thirds
Rule of thirds adalah garisan grid yang membantu sebagai frame foto menjadi 9 bahagian sama besar dengan menarik dua garis sejajar pada horizon dan dua garis pada garis menegak. Garis-garis tersebut membantu menjadikan objek pada gambar kelihatan lebih menarik dan profesional.
composition
Composition pula merupakan kaedah untuk mengalihkan atau mengarahkan pandangan mata yang sedang melihat gambar kepada subjek yang penting dan lebih berkesan. Ianya akan menyebabkan gambar nampak lebih menarik dn "berjiwa" dan tidak seperti hanya tangkap semata-mata.
Balance
Balance adalah prinsip yang sering digunakan unruk membahas sebuah komposisi yang baik. Ketika mengambil gambar, kita perlu seimbangkan kedua-dua sisi kiri dan kanan untuk menjadikan gambar tersebut kelihatan lagi cantik.
accessory
senarai barangan di bawah merujuk kepada aksesori wajib dan tambahan bagi mengasah skill fotografi bagi mendapatkan hasil yang maksimum
accessory
1.kamera DSLR/ mirorrless
Tidak dinafikan bahawa dengan kepesatan teknologi pada hari dapat menghasilkan gambar yang lawa dengan hanya menggunakan smartphone. Walaubagaimanapun , masih terdapat batas di smartphone di mana kita tidak dapat mengawal aperture, shutter speed dan iso bagi menghasilkan foto yang mempunya qualiti yang maksima . Oleh itu , disarakan untuk semua pemula fotografi membeli kamera DSLR atau mirrorless sendiri bagi merasai sendiri perbezaan menggunakan smartphone dan kamera sebenar. EXTRA TIPS: Bagi pemula fotografi disarankan untuk membeli kamera "second hand" terlebih dahulu kerana kos nya yang jauh lebih rendah .
2.Pelbagai jenis lensa
Jika seseorang membeli kamera dslr atau mirroless , kebiasannya mereka akan dibekalkan sekali dengan kit lens yang kebiasaannya merupakan lens 18mm-55mm f1.8. Namun , lensa tersebut mempunyai batasan kerana ianya tidak dapat menangkap gambar yang jaraknya jauh. Oleh itu , semua ahli fotografi perlu mempunyai variasi lensa contoh nya seperti lensa 55mm-200mm yang mana pendapat saya sendiri selepas menggunakannya , lensa tersebut lebih universal kerana dapat menangkap gambar dari jarak yang dekat mahupun jauh.
3.Tripod
Tripod merupakan alatan yang wajib bagi fotografer yang ingin mengemudi majlis dalam jangka masa panjang. Hal ini supaya kita dapat menyelaraskan sesuatu sudut untuk menangkap gambar dan supaya gambar yang dihasilkan lebih stabil. Disarankan untuk membeli tripod yang lebih mahal dan qualiti kerana kebanyakkan kes yang saya lihat sendiri, tripod yang murah kebiasaannya tidak stabil dan membolehkan kamera DSLR jatuh dan mengakibatkan kerugian yang besar.
4.Extra battery
Extra battery ni wajib dibeli terlebih dahulu kerana jika terjadi sebarang masalah terhadap battery sedia ada , kamera secanggih manapun tidak dapat berfungsi. Battery ini juga boleh dijadikan "spare" untuk photoshoot yang mengambil masa lama yang kemungkinan akan menghabiskan battery yang sedia ada. Disarankan membeli battery yang original supaya tidak memberi "side effect" pada body kamera.
Contact
Phone
(010) 897-4423
Email
mhmmdarrashid@gmail.com
Social : @arshramli
Sebarang pertanyaan mengenai packej fotografi boleh hubungi saya.